Sabtu, 28 Januari 2012

KENAPA TAK NAK AMBIL TAKAFUL?

Tak Nak!I Dont want!
TAK NAK! APA SEBAB?

1.
SIMPANAN SAYA DAH MENCUKUPI
Apakah sebab anda membuat simpanan? Untuk persaraan? Untuk mengerjakan haji? Atau melancong? Bagaimana pula sekiranya anda di serang penyakit kritikal atau meninggal dunia? Adakah orang dibawah tanggungjawab anda dapat meneruskan kehidupan dengan berbekalkan wang simpanan anda? Atau adakah wang simpanan anda terpaksa digunakan untuk membiayai kos rawatan hospital atau yang lebih malang lagi terpaksa membayar hutang? Tanpa takaful, wang simpanan anda pasti terjejas. Kekayaan anda akan menyusut, anda terpaksa menukar gaya hidup anda. Takaful pula akan melindungi asset dan wang simpanan anda. Segala kos rawatan hospital akan ditanggung oleh pihak takaful. Takaful juga lah yang akan membantu pengaliran wang ke akaun simpanan anda.

2.
TAKAFUL MAHAL
Pelan Takaful adalah serendah RM100 sebulan atau kurang dari RM3.50 sehari. Kematian atau sakit kritikal boleh menyusutkan kekayaan sesorang dengan segera. Anda tidak rugi dengan menyertai pelan takaful. Mengapa? Takaful adalah berkait dengan kebarangkalian. Sekiranya anda meninggal, anda menang banyak (orang tanggungan anda mendapat wang yang lebih dari nilai caruman anda) Sekiranya anda masih hidup di akhir tempoh matang, anda menang sedikit (anda masih boleh mendapat wang simpanan anda).

3.
SAYA TAK PERLUKAN TAKAFUL
Adakah benar? Sekiranya anda tiada tanggungan dan mempunyai sumber pendapatan yang kukuh, statement anda ada kebenarannya, sekurang-kurangnya pada masa ini.  Sebenarnya anda hanya boleh menyertai pelan Takaful apabila anda tidak memerlukannya, kerana apabila anda memerlukannya, kemungkinan ianya sudah terlambat. Pendapatan anda adalah melalui pekerjaan atau perniagaan. Anda melindungi keluarga anda dengan pendapatan anda. Sekiranya situasi ini, anda memang memerlukan Takaful, kerana ia bukan sahaja melindungi pendapatan anda tetapi melindungi keluarga anda daripada masalah kewangan apabila ketiadaan / kehilang upayaan anda. Sekiranya anda mempunyai keperluan yang jelas, berjumpalah dengan takaful agen.

4. TUNGGU DULU
Anda memang sentiasa boleh menunggu tetapi tidak dengan takaful. Terlalu lama berfikir akan meletakkan risiko kepada orang tanggungan anda. Tiada sesiapa pun hidup selama-lamanya. Semakin anda berumur, risiko juga akan bertambah, bermakna kos Takaful juga akan bertambah. Penyertaan di usia muda adalah lebih murah. Jangan tunggu lagi! Sertailah pelan takaful sekarang...

5.
SAYA TAK PERCAYA TAKAFUL AGEN
Ejen takaful hanyalah orang tengah antara masalah anda dan penyelesaiannya.  Carilah nasihat dari agen yang professional. Bayarlah caruman anda terus ke pihak Takaful, secara auto debit atau kad kredit. Dengan cara tersebut, anda yakin wang anda disalurkan ke tempat yang betul. Agen juga adalah manusia biasa, yang mana tidak dapat lari dari sakit dan kematian. Tetapi syarikat takaful masih kukuh walaupun agen bertukar ganti.



6. TAKAFUL MEMBERI PULANGAN YANG RENDAH, RUGI
Takaful adalah produk kewangan yang melindungi kewangan anda. Anda hendaklah memahami bahawa ia akan membayar apabila anda betul-betul memerlukan wang. Tiada produk kewangan lain / pelaburan lain yang mampu menandingi takaful.

7.
SAYA TAK MINAT DENGAN TAKAFUL
Bukan masalah minat yang patut anda fikirkan. Takaful adalah berkaitan masa hadapan anda dan keluarga. Sekiranya anda merasakan takaful tidak berkaitan, sebenarnya anda salah. Takaful adalah berkaitan dengan keluarga anda apabila anda tiada lagi. Anggaplah takaful sebagai hadiah untuk keluarga anda.

8.
SAYA DAH ADA TAKAFUL
Ianya adalah satu permulaan yang bagus, anda sudah pun mempunyai perlindungan. Tetapi masa berubah dan banyak benda akan berubah termasuk keperluan kewangan. Sudahkan anda menyemak keperluan anda dan keluarga? Sudahkah anda mengkaji keperluan risiko anda? Adakah takaful yang anda punyai sekarang cukup untuk melindungi pendapatan anda sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka? Anda perlu dapatkan Takaful yang lebih sesuai untuk diri dan keluarga anda.

9.
SAYA MASIH MUDA
Usia muda dan sihat adalah waktu yang sesuai untuk penyertaan takaful kerana murah dan lebih banyak simpanan yang akan anda dapati ketika usia emas. Muda tidak bermakna anda kekal sihat atau tidak meninggal dunia. Kemalangan dan ajal berlaku tidak mengira usia. Anda pasti tidak dapat menyertai pelan takaful sekiranya anda didiagnos menghidap penyakit kritikal pada usia muda.

10.
SAYA NAK TANYA ISTERI ATAU SUAMI DULU
Anda memang patut berunding dengan suami atau isteri untuk sesetengah perkara, tetapi tidak takaful. Suami / isteri anda tidak dilatih untuk menilai keperluan takaful keluarga. Mengapa suami / isteri perlu menolak penyertaan anda di dalam takaful? Bukankah sekiranya anda meninggal / sakit, pihak takaful memberi pampasan kepada suami / isteri anda...?

11.
SAYA TIDAK MAMPU
Sekiranya anda mempunyai matlamat kewangan yang jelas anda patut menyertai pelan takaful sekarang kerana melalui perancangan yang jelas dan betul, anda pasti akan membuat belanjawan perbelanjaan dan pendapatan akan datang. Bukankah konsep yang sama anda gunakan untuk pelaburan membeli rumah, kereta atau perbelanjaan lain yang anda rasa tidak mampu...?

                          Untuk rundingan & maklumat lanjut sila hubungi Takaful Advisor anda:
ustaz amriey
0193504649@0163174647
mohd.amri.@prubsnadvisor.com.my



RENUNG2 KANLAH!!!

Firman Allah SWT yng bermaksud:

Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana..."
Surah Al baqarah : Ayat 240