Khamis, 9 Februari 2012

KENAPA ANDA PERLUKAN MEDICAL KAD PRUBSN TAKAFUL?


Kenapa Anda Perlu Memiliki Satu Plan Takafulink dan Kad Perubatan Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) Untuk Rawatan Apabila Memasuki Wad?

 
1. Kad Perubatan (Medical Card) Prudential BSN Takaful (PRUBSN) Berhad adalah "GUARANTEED RENEWAL AND NON CANCELABLE" Sekiranya anda sudah mempunyai takaful perubatan kami boleh melindungi anda sehingga umur 80 tahun*.

2. Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) berikan anda ELAUN HOSPITAL sekiranya anda memasuki hospital kerajaan dan swasta. Contohnya RM400 sehari. Sesetengah syarikat lain hanya akan memberikan elaun sekiranya anda masuk ke hospital kerajaan sahaja tetapi tidak untuk hospital pakar . Jadi apakah keperluan anda mempunyai takaful perubatan sekiranya anda akan dibayar elaun hospital apabila masuk ke hospital kerajaan sahaja. Sedangkan anda membayar perlindungan untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar.  
 3. Kebanyakan hospital pakar adalah panel hospital bagi pihak Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) jadi cuma tunjukkan kad perubatan (medical card) anda sudah boleh mendapatkan rawatan. Anda tidak perlu membayar dahulu (cashless), kos yang anda perlu bayar hanya 10% (antara minimum RM300 dan maksimum RM1000 semasa discharge).

Contoh :-

* Sekiranya bil rawatan anda RM2000, 10% adalah RM200 tetapi anda perlu bayar RM300 semasa discharge 

* Sekiranya bil rawatan anda RM3000, 10% adalah RM300 dan anda perlu bayar RM300 semasa discharge

* Sekiranya bil rawatan anda RM10000, 10% adalah RM1000 dan anda perlu bayar RM1000 semasa discharge

* Sekiranya bil rawatan anda RM50000, 10% adalah RM5000 tetapi anda hanya bayar RM1000 semasa discharge

Kemasukan ke hospital  adalah tertakluk kepada deposit semasa pendaftaran, maksimum sehingga RM500 - mampu disediakan dalam masa terdekat) Sekiranya tiada kad perubatan (medical card) anda perlu menyediakan amount yang besar untuk mendapatkan rawatan dalam wad contoh deposit yang diminta oleh hospital swasta:

Rekod ini adalah berdasarkan pada tahun 2003 di salah satu hospital pakar.

Appendix - Deposit RM3,500, Kos Rawatan RM4000 hingga RM5000
X-Knife - Deposit RM20,000, Kos Rawatan RM22,000 hingga RM25,000
Cranoitomy - Deposit RM10,000 Kos Rawatan RM10,000 hingga RM25,00 

 4. Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) beri anda NON CLAIM BONUS (NCB) untuk Kad Perubatan (Medical Card) Takafulhealth sehingga RM500* sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan perubatan.


KERATAN AKHBAR BERKENAAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (PRUBSN) - TAKAFUL HEALTH (NON CLAIM BONUS)
5. Perlindungan Kad Perubatan (Medical Card) Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) adalah yang PALING TINGGI dalam industri takaful, minimum pelindungan adalah RM 500,000 dan maksimum RM1,500,000

6. Sekiranya anda "diagnosed" dengan penyakit kritikal anda tidak perlu membuat sumbangan bulanan lagi. Sumbangan anda akan disambung oleh Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) selagi anda masih hidup @ sehingga umur 80 tahun dan anda masih dilindungi. Dalam ertikata lain, polisi anda adalah PERCUMA dan duit simpanan akan berkembang.
7. DUIT SIMPANAN anda tidak akan ditolak walaupun anda telah membuat tuntutan. Simpanan anda tidak akan terganggu walaupun sekiranya anda ada masalah kesihatan.

8. Terdapat manfaat-manfaat lain yang anda boleh masukkan bergantung kepada budget bulanan anda. PlanTAKAFULINK adalah FLEKSIBEL dan TIADA TEMPOH MATANG untuk membuat pengeluaran ke atas simpanan anda.

9. TEMPOH PERLINDUNGAN Prudential BSN Takaful Berhad (PRUBSN) adalah yang paling panjang untuk dalam industri takaful iaitu 80 tahun, jika dibandingkan dengan dengan pesaing kami iaitu 55 tahun dan 62 tahun. Ini bermakna anda perlu membeli perlindungan BARU sekiranya plan anda tamat pada 55 ataupun 62 sedangkan pada masa itu sekiranya anda ingin mengambil plan baru jumlah sumbangan anda adalah 5 KALI GANDA pada masa itu dan plan ini hanya boleh diambil sekiranya anda MASIH SIHAT (ramai yang menghadapi masalah diabetis, kencing manis dan jantung pada umur 50-an dan ke atas dan kebanyakkan kes akan ditolak sekiranya sudah mempunyai risiko yang disebutkan tadi). Apakah "GUARANTEE" anda masih sihat pada umur 55 dan ke atas sedangkan pada masa itu risiko untuk mendapat sakit adalah lebih tinggi. Perlindungan diberikan kepada yang sihat sahaja. TAKAFUL DIAMBIL SEMASA ANDA TIDAK PERLUKANNYA.

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK RUNDINGAN PERCUMA. PRODUK TAKAFULINK KAMI AKAN MEMBANTU ANDA!!

PRODUK PRUBSN LINK SERIES TERBARU

PruBSN Link Series.


Link Series Banner

Pengenalan

Pelan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu  "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mengkhususkn kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Pelan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan karier, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak karier dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam pelan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

1. PruBSN FirstLink
2. PruBSN TakafuLink
3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

Belia (Orang yang baru mulakan karier)
Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
Pesara (Orang yang sudah bersara)




Gambaran lebih jelas saya terangkan di bawah ini..

1. Belia


Young Adult

Pada peringkat ini, kalau ikutkan senario sekarang, ramai yang dibebani dengan hutang belajar dari PTPTN. Jadi, biasanya matlamat utama mereka adakah untuk langsaikan hutang secepat mungkin. Tapi, perlu diingat juga simpanan perlu juga dibuat antara sebab utama :

1. Nak beli kereta : Kita perlukan downpayment + premium insurance kereta. Walau pun sekarang ni banyak yang offer "0" downpayment, tapi, kena ingat, long term, interest yang dikenakan menyebabkan kita lebih rugi. Jadi, baik simpan duit sikit2 untuk kumpul downpayment

2. Nak beli rumah : Yang ini pun perlukan downpayment. Dan juga kos2 lain seperti legal fee, stamping duty fee, Memorandum of Transfer (MOT) fee dan macam2 lagi. Jadi, nak tak nak kita perlu simpan.

3. Nak kahwin : Yang nie kalau lambat2, pada saya rugi la...:D. So, kena kumpul duit beb, takkan dulu belajar mak ayah tanggung, sampai masa nak tanggung anak orang, mak ayah tanggung jugak (utk yang lelaki)...utk yang perempuan..saya rasa sama je, takkan nak semua pakai duit parent. Kecuali le parent mmg taukey besar...:D

Jadi, ketiga-tiga simpanan di atas adalah untuk jangka pendek. Jadi, kenapa pula kita perlukan Plan PruBSN Firstlink?

Mudah saja....sekarang nie, kita nak kumpul duit untuk jangka pendek, tapi, bila kita kumpul, kita masih terdedah dari RISIKO KEWANGAN iaitu Lumpuh Kekal Keseluruhan sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan serta risiko mengidap sakit kritikal. Jika risiko ini berlaku sudah tentu kita memerlukan rawatan segera, bagaimana kita urus kewangan kita? Adakah kita sanggup mengeluarkan duit yang kita kumpul sedikit demi sedikit untuk tujuan jangka pendek (beli rumah, beli kereta atau berkahwin) dihabiskan untuk bayar bill hospital?...

Jadi, pada peringkat ini, kena focus beberapa perkara penting :

1. Penggantian pendapatan (kalau lumpuh, dapat lump sum duit)...untuk kos sara hidup.

2. Medical Card (kalau amik yang basic pun tak per, tak payah tinggi2 sangat)..so, kalau memerlukan rawatan, tak payah nak keluarkan duit saving. Kalau cerdik, siap boleh dapat extra duit (sebab plan pruBSN Link Series ni ada disertakan dengan manfaat  elaun hospital)...kalau masuk wad sehari dapat RM100...kalau 10 hari?..dah RM 1,000. Bil hospital dah dibayar oleh medical card...Yang ini nak amik yang basic pun boleh (murah) atau yang komprehensif, mahal sikit tapi berbaloi....

Jadi, pelan PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

A. Bonus AchieveFirst,
B. Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus) dan
C. Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.

A. Bonus AchieveFirst
- Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai salah satu drpd perkara2 berikut.

a. Membeli rumah pertama
b. Menunaikan ibadah Haji
c. Berkahwin
d. Menunaikan ibadah Umrah
e. Apabila anak anda dilahirkan
f. Menerima Ijazah pasca Siswazah
Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

So, kalau anda ada mencapai salah satu dari yang disenaraikan di atas ni..bolehlah membuat tuntutan kepada agent anda, atau terus ke mana2 cawangan Prudential / PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan untuk apply adalah seperti di bawah :

Cara Apply Bonus AchieveFirst

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dari segi harga caruman dan jumlah manfaat yang sesuai, boleh hubungi saya di 0193504649 (Ustaz amriey) atau email : mohd.amri@prubsnadvisor.com.my
Untuk senarai lengkap manfaat yang ada pada Plan Ini, boleh rujuk di sini


2. Baru Berkeluarga dan 3. Keluarga yang Berkembang


Young and Growing Family


Apabila kita melangkah ke alam rumah tangga, jawap suami sebagai ketua keluarga menjadi lebih besar. Selain bekerja untuk diri sendiri, suami juga bekerja untuk menyara isteri dan tanggungan yang lain. Sekiranya ada anak, tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar.

Terdapat 2 kombinasi plan untuk individu yang sudah mempunyai keluarga.

a. PruBSN TakafuLink
b. PruBSN SmartLink (untuk pelan pendidikan anak)

a. PruBSN TakafuLink

Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan yang Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil rider. Sebab apa rider? Sebab manfaat tersebut perlu diambil dengan manfaat asas (Mati atau Lumpuh)...tak boleh nak amik manfaat tersebut sahaja.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink nie terbahagi kepada 5 bahagian utama.

1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
3. Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
4. Kad perubatan (yang digunakan untuk membayar bil2 hospital secara online)
5. Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

Secara konsep asasnya, manfaat no. 1 dan no. 5 adalah wajib diambil. Manfaat 2,3,4 adalah pilihan (maksudnya, nak amik pun boleh, tak nak amik pun boleh)

Sebagai contoh :

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat kematian sahaja, tanpa ada sebarang simpanan, maka ini tidak boleh dilakukan, sebab...mahu tidak mahu, simpanan tetap akan ada dalam account pelaburan anda.

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat medical card sahaja, so, jawapannya, plan ini tak boleh buat macam tu. Sebab, basic minimum manfaat kematian RM 10,000 mesti diambil dan simpanan ada automatik akan dimasukkan ke dalam investment unit account client.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh contact saya : 019-3504649 (ustaz amriey) call or sms.

Senarai lengkap manfaat dan penerangan ringkas setiap manfaat, anda boleh rujuk di sini.


Pembahagian caruman untuk simpanan dan caj-caj yang dikenakan mengikut tahun caruman.

Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut :

1. Caj Wakalah Pendahuluan

Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan sumbangan perlindungan anda.


Wakalah Charges Percentage

2. Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

3. Caj pengurusan aset

Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
-Takafulink Dana Bon 0.5% setahun.
-Takafulink Dana Urus 1.3% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun.

4. Caj tambahan tunggal (single premium)

Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.

5. Caj menukar ganti dana (Fund Switching)

Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).

6. Tabarru'

Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan.

Lebihan Tabarru'

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%8 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’.

b. PruBSN SmartLink (Pelan pendidikan untuk anak)

Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut.

Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....

Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2....

Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.

Antaranya adalah...

1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.

Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.

2- Anugerah kecemerlangan

Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah.

Anugerah Kecemerlangan


Untuk mendapat quotation Pelan pendidikan untuk anak anda, boleh email kan details kepada saya:mohd.amri@prubsnadvisor.com.my

3. Pesara

Retirees

Akhir sekali adalah pelan persaraan. Apabila sudah bersara, perkara penting yang kita kena fikirkan adalah pelan perubatan atau tabung perubatan. Sebab apa? sebab masa tu, umur dan meningkat, risiko penyakit semakin tinggi dan kos rawatan pada masa akan datang semakin meningkat. Jadi, kalau kita tak sediakan dari awal, sekiranya kita memerlukan dana untuk perubatan, kita akan gunakan simpanan persaraan kita (EPF atau Tabung Haji)....sedangkan sepatutnya digunakan untuk belanja kehidupan kita. Sebab masa tu dah tak kerja, so, income dah takde.

Selain itu, untuk pelan persaraan, kita juga memerlukan simpanan yang agak stabil. Jadi, kalau umur kita utk bersara kurang dari 10 tahun, dicadangkan untuk letakkan pelaburan di dalam dana Bon atau dana Urus. Kalau letak kat equity, takut kalau market drop, tak sempat nak recover...