Health Enrich
adalah satu pelan rider perubatan melalui sumbangan berkala yang
membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke
hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan sebagai pesakit
luar.
Pelan ini mempunyai empat pelan - HealthEnrich Vital, HealthEnrich Select, HealthEnrich Advanced dan HealthEnrich Premier yang menyediakan kad perubatan individu untuk memberikan anda akses serta-merta di salah satu panel hospital kami.
BARU! : HEALTH ENRICH (Pelan Kad Perubatan)
Siapa yang layak memohon?
Pelan Pilihan:
Health Enrich adalah pelan kad perubatan yang terbaru dari PruBSN di mana terdapat beberapa perbezaan dari pelan sebelum ini iaitu Takaful Health 2.
Antara beberapa perbezaannya yang menjadikan ia lebih menarik dan menguntungkan adalah:
-
Jumlah had seumur hidup untuk penggunaan kad perubatan Health Enrich dari serendah RM300,000 sehingga RM4,000,000.
-
Bilik dan Penginapan Hospital Harian sehingga RM1,000 dengan jumlah maksimum tahunan 365 hari.
-
Pengecualian deposit hospital untuk hospital-hospital pilihan
-
Khidmat Nasihat Perubatan Kedua sehingga RM1,000 (tahunan)
-
Dana pemindahan organ dengan had seumur hidup sehingga RM200,000
-
Perlindungan dari komplikasi-komplikasi kehamilan sehingga RM20,000 tahunan (untuk wanita)
-
Bantuan kecemasan di seluruh dunia (bukan hanya di dalam Malaysia, tetapi di seluruh dunia)
-
Pilihan pelan kad perubatan untuk anak sama ada 10% ko-takaful atau 100% tanggungan oleh PruBSN (sebelum ini hanya ko-takaful)
- 8 komplikasi kehamilan yang dilindungi oleh PruBSN:
1. Kehamilan luar rahim
2. Kehamilan anggur / molar
3. Penggunaan pembeku darah yang berlebihan menyebabkan pendarahan teruk
4. Pendarahan teruk selepas bersalin yang memerlukan pembuangan rahim
5. Sawan ketika mengandung
6. Air ketuban terperangkap di dalam salur darah
7. Darah beku tersumbat di dalam saluran darah di peparu
8. Tekanan darah tinggi serta kehadiran protein di dalam urine semasa mengandung
** sesungguhnya kesakitan ketika melahirkan anak adalah yang kedua paling sakit di dunia selepas sakit ketika saat kematian. Jadi, berikan perlindungan terbaik untuk diri sendiri atau isteri tercinta... -
Kita sering terdengar atau dilaporkan berita mengenai anak yang baru dilahirkan beberapa hari atau bulan menghidap penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, peparu berair dan macam2 lagi.
Rata-rata kos rawatan adalah sangat tinggi, menelan belanja puluhan ribu sehingga membebankan ibu bapa yang mungkin tak mampu untuk membiayainya.
Atas sebab ini, Prudential memberikan perlindungan untuk anak dalam kandungan seawal 20minggu (5bulan) kandungan. Jadi, sekiranya anak yang dilahirkan nanti menghidap penyakit yang kita tak jangka, sekurang-kurangnya anak itu sudah ada perlindungan dan boleh dapat rawatan segera tanpa tempoh menunggu 4bulan lagi. -
perlindungan untuk anak dalam kandungan seawal 20 minggu dalam kandungan hanya terdapat pada HE Vital dan HE Advanced sahaja.. manakala HE Select dan HE Premier hanya boleh mula memohon untuk anak berumur 14hari ke atas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan